fbpx

Peminat ‘menggelupur’ Luqman Faiz tayang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN Faiz membuatkan ramai netizen 'menggelupur' selepas bercuti di pantai baru-baru ini.

PENYANYI Luqman Faiz boleh dikatakan antara artis bebas kontroversi dan tiada cerita panas yang berpotensi mencalar namanya dalam industri.

Bahkan, dia juga dilihat agak berhati-hati dalam soal perkongsian dalam media sosial kerana kebanyakan lebih fokus tentang kerjaya sahaja.

Namun, baru-baru ini perkongsian Luqman menarik perhatian peminat bukan sahaja wanita, malah ada juga golongan lelaki yang ‘terpesona’ apabila dia memuat naik gambar di tepi pantai.

Gambar menampakkan bahagian atas badan Luqman yang dipercayai tidak memakai baju. Maklum sahaja duduk berkelah di tepi pantai, jadi gaya begitu lebih selesa dan mudah untuk mandi.

Perkongsian Luqman itu juga membuatkan dia menerima banyak pujian yang mengatakan dirinya kelihatan kacak dengan potongan rambut mullet.

Tidak kurang juga ada yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih.

Semua pujian itu mungkin boleh dijadikan sebagai pembakar semangat buat Luqman untuk lebih serius dalam bidang lakonan selepas pertama kali muncul dalam drama Bawah Blok pada tahun lalu.

Mungkin selepas ini kita akan melihat wajah hero baharu yang akan menghiasi kaca televisyen memandangkan usia Luqman sendiri baru mencecah 24 tahun.

Diva: Semoga kemunculan semula Aliff Aziz selepas ini bukan hangat-hangat tahi ayam, ya!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI