fbpx

Pemilik Perodua Alza merah langgar mati pejalan kaki diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raub (Kanan) melihat keadaan mangsa kejadian langgar lari di Kilometer 0.5 Lebuhraya EDL, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza warna merah yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) di sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 pagi itu menyebabkan mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian langgar lari itu berlaku ketika mangsa berjalan kaki di lebuh raya itu menghala ke pusat bandar raya.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di kiri bahagian jalan dilanggar Perodua Alza tersebut. Pemandu kenderaan tersebut tidak berhenti dan terus melarikan diri selepas kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, polis memohon saksi awam yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fatihah Ismail 0104171762.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI