fbpx

Pekerja cedera terjatuh elak terhidu gas hidrokarbon bocor di Kerteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan semburan bagi meredakan kebocoran gas hidrokarbon di sebuah kilang minyak dan gas di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman, semalam.

KEMAMAN – Seorang pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan cedera sewaktu menyelamatkan diri daripada kebocoran gas hidrokarbon di sebuah kilang minyak dan gas di Kawasan Perindustrian Kerteh, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.05 petang itu, lelaki berusia 29 tahun tersebut cedera di bahagian betis selepas terjatuh sewaktu cuba melarikan diri daripada terhidu gas bertoksik berkenaan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Kerteh dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat tentang insiden itu.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kita dapati terdapat kebocoran gas di bahagian paip ‘onshore’ yang bersaiz lima inci (12.7 sentimeter) yang sedang dalam proses baik pulih oleh kontraktor yang dilantik.

“Kami telah melakukan semburan ‘cooling down’ (penyejukan) pada paip tersebut sehingga tekanan gas itu hilang, manakala punca kejadian masih disiasat,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI