fbpx

Mayat tersangkut pada jaring nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang berjaya dibawa naik ke Pantai Redang, semalam.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki tenggelam, ditemui lemas dengan mayatnya tersangkut pada jaring nelayan di dua batu nautika Pantai Redang, Sekinchan, di sini semalam.

Mayat lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun tersebut ditemui kira-kira 5.20 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Khalid Mohamad berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung daripada seorang pemilik bot pada pukul 3.38 petang semalam.

Katanya, kehilangan tersebut diketahui selepas menerima panggilan daripada tekong botnya kira-kira pukul 6 pagi kelmarin yang menyatakan bot telah tenggelam di kedudukan dua batu nautika dari Pantai Redang.

Bot berkenaan mempunyai empat kru dengan tiga daripadanya diselamatkan oleh bot berhampiran.

“Polis terima maklumat daripada pemilik bot nelayan menyatakan ada mayat tersangkut pada jaring sebelum dibawa naik pasukan bomba. Pasukan perubatan Klinik Kesihatan Sekinchan kemudiannya mengesahkan kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menambah, pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah, manakala identiti mangsa disahkan pemilik bot tersebut sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI