fbpx

Manis bertudung, peminat doa Diana Danielle istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANTIK bertudung, ramai peminat mendoakan Diana Danielle mengekalkan imej wanita muslimah.

PETALING JAYA – Berkongsi gambar mengenakan hijab, pelakon Diana Daniella dihujani pujian dan doa semoga terus mengekalkan imej muslimah.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, memuat naik gambar dia memakai tudung dan abaya berwarna jingga hawani di Instagram semalam.

Pelakon itu bagaimanapun tidak menjelaskan atau menyatakan butiran terperinci mengenai tujuan tampil dengan imej sedemikian dalam perkongsian berkenaan.

“Oyen hawani #filemmemori,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah bahagian komen ramai pengguna media sosial mendoakan ibu dua anak itu terus istiqamah berhijab.

“Masya-Allah cantik betul.

“Semoga Allah membuka pintu hati untuk kekal istiqamah dan mendapat reda Allah.

“Cantik. Semoga kekal istiqamah dan teruskan dengan gaya sebegini.

“Berseri dan cantik. Harap dapat diteruskan,” antara komen peminat di Instagram.

Tidak hanya itu, beberapa rakan artis termasuk penyanyi Aisha Retno dan Amylea Azizan turut memuji penampilan Diana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI