fbpx

Mahkamah Bangladesh kurangkan kuota pekerjaan sektor awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Dhaka pada 18 Julai lalu. - AFP 

DHAKA – Mahkamah tertinggi Bangladesh hari ini mengumumkan pengurangan kuota untuk pemohon kerja sektor awam selepas sistem tersebut mencetuskan pergolakan di seluruh negara dan pertempuran maut antara polis dan penunjuk perasaan, lapor laman berita The Economic Times.

Mahkamah Agung dalam keputusannya memerintahkan 93 peratus daripada pekerjaan sektor awam diperuntukkan bagi sistem berasaskan merit.

Bakinya tujuh peratus adalah untuk waris veteran perang yang berjuang dalam perang kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 serta kategori lain.

Sebelum ini, sistem itu memperuntukkan 30 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada waris veteran perang.

“Mahkamah Agung memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi adalah menyalahi undang-undang,” kata Peguam Negara, A.M. Amin Uddin kepada AFP sebagai merujuk kepada keputusan awal yang memperkenalkan semula kuota tersebut.

Tambahnya, lima peratus daripada kuota itu dikhaskan untuk anak-anak veteran perang, manakala dua peratus adalah untuk kategori lain.

Keputusan itu dibuat setelah demonstrasi berminggu-minggu yang diketuai oleh pelajar universiti, bertukar ganas pada Selasa lalu selepas penunjuk perasaan mula bertempur dengan polis.

Protes itu setakat ini meragut nyawa 151 orang.

Tentera membuat rondaan di bandar-bandar seluruh negara selepas polis rusuhan gagal memulihkan keadaan, manakala internet disekat di seluruh negara sejak Khamis lalu.

Sementara itu, mahkamah turut mengarahkan penunjuk perasaan agar kembali ke kelas selepas mengeluarkan keputusannya tersebut. – AFP/AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI