fbpx

Lelaki ‘Bezza’ larikan dua kanak-kanak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki yang ditahan itu.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki yang dipercayai melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di daerah ini kelmarin berjaya dicekup polis awal pagi tadi.

Suspek berusia 32 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Jeram di sini, kira-kira pukul 2.40 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Polis, Mohd. Ambia Nordin berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) menerusi hasil siasatan dan maklumat diperoleh pihaknya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu bagaimanapun didapati negatif dadah,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Mohd. Ambia, suspek kini direman selama lima hari sehingga 25 Julai depan bagi membantu siasatan.-KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI