fbpx

Lamborghini RM1.2 juta terbabas rempuh tiang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Lamborghini yang remuk di bahagian hadapan selepas merempeh sebatang tiang di London. - UKNIP

LONDON – Sebuah kereta jenama Lamborghini yang berharga kira-kira £200,000 (RM1.2 juta) remuk selepas merempuh sebatang tiang di tepi jalan di London, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Nahas itu menyebabkan kerosakan besar pada bahagian hadapan Lamborghini tersebut, dengan serpihan bertaburan di atas jalan.

Tiada kecederaan serius dilaporkan, namun pemandu dan penumpang dirawat di tempat kejadian kerana mengalami cedera ringan.

Seorang saksi melaporkan bahawa dia terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta Lamborghini yang bergerak laju itu hilang kawalan lalu melanggar tiang berhampiran stesen kereta api Wapping. 

Polis Metropolitan mengesahkan bahawa pihaknya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. 

“Kami sedang meneliti semua aspek kejadian, termasuk kelajuan kenderaan dan keadaan jalan ketika nahas,” kata jurucakap polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI