fbpx

Kes demam denggi berkurang, tiada kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024 dilaporkan sebanyak 2,373 kes berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada masa sama, tiada kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi pada Minggu Epidemiologi tersebut.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

“Terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh sama pada tahun 2023,” katanya, hari ini.

Jelasnya, bilangan lokaliti hot spot dilaporkan pada minggu berkenaan juga ialah sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 100 lokaliti yang dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, manakala enam lokaliti masing-masing di Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, empat lokaliti direkodkan di Kedah, Pulau Pinang (2) serta masing-masing satu di Sarawak dan Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, bagi survelan chikungunya pula, terdapat tujuh kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-28.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 54 kes selain tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke- 28.

“Bagi survelan zika, sebanyak 1,437 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cecair serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI