fbpx

Keputusan Malaysia untuk bersama ICJ kecam Israel Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

CYBERJAYA – Malaysia akan meneliti cadangan dan kesan daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan aktiviti penempatan Israel di Palestin sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, mesyuarat jemaah menteri pada Rabu ini akan membuat keputusan muktamad tentang langkah dilaksanakan Malaysia untuk bersama keputusan ICJ dalam mengecam tindakan Israel.

“Kita akan meneliti cadangan dan kesan daripada keputusan itu dan mesyuarat jemaah menteri pada Rabu akan membuat keputusan muktamad tentang langkah akan kita lakukan untuk bersama keputusan ICJ untuk mengecam dan bertindak atas Israel,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan ICJ sebelum ini yang memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia turut mendokong keputusan ICJ berikutan ia diputuskan berdasarkan fakta jelas tentang keganasan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Sebelum ini, semasa sesi pendengaran, Presiden ICJ, Nawaf Salam berkata, mahkamah itu mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Palestin dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat mencukupi mengenai perkara itu.

Katanya, dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa.

“Aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.

“Pendudukan Israel di Wilayah Palestin adalah pengilhakan de facto, yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI