JOHOR BAHRU – Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza warna merah yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki, awal pagi tadi tampil menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pemandu kereta itu menyerah diri pada pukul 3.30 petang tadi, hampir 12 jam selepas kejadian langgar lari itu berlaku.”
“Pemandu berkenaan akan dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok.
“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif manakala ujian saringan pernafasan bagi mengesan alkohol dalam badan didapati negatif,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE