fbpx

Kadar kebolehpasaran graduan CityU meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaidah ketika menyampaikan anugerah kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen CityU semalam.

PETALING JAYA – Kadar kebolehpasaran graduan City University Malaysia (CityU) di pasaran ketika ini meningkat sehingga 99 peratus sekali gus menjadi antara institusi pendidikan terkemuka di negara ini.

Berkongsi kejayaan itu, Pengarah Urusan yang juga merupakan pengasas CityU, Datin Rohaidah Shaari berkata, pencapaian itu berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (SKPG 2).

Malah katanya, pihaknya sentiasa komited dalam melahirkan graduan yang berkualiti seiring dengan kedudukan kebolehpasaran graduan CityU di negara ini.

“Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (SKPG 2), CityU telah mencapai kadar kebolehpasaran graduan yang luar biasa sebanyak 99 peratus menjadikan CityU antara institusi terkemuka di negara ini.

“Kadar kebolehpasaran yang tinggi bukan sahaja mampu menjamin kualiti pendidikan di CityU, malah ia turut memenuhi permintaan majikan di pasaran industri ketika ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu dalam kenyataan sama, Rohaidah turut berkongsi kejayaan universiti itu melakar sejarah melahirkan graduan 123 Doktor Falsafah (PhD) iaitu jumlah paling ramai sejak penubuhan pada 1984 pada Majlis Konvokesyen CityU 2023 semalam.

Jelasnya, graduan itu adalah sebahagian 1,165 pelajar program pascasiswazah yang juga dilahirkan institusi pengajian tinggi swasta itu pada majlis konvokesyen tahun ini.

“Graduan-graduan ini terdiri daripada 65 orang pelajar PhD Pendidikan, 33 orang pelajar PhD Pentadbiran Perniagaan dan 18 orang pelajar PhD Rekabentuk, empat pelajar PhD Teknologi Maklumat, dan tiga pelajar PhD Pentadbiran Perniagaan selain turut meraikan 1,042 graduan Sarjana.

“CityU juga menganugerahkan 30 Anugerah Dekan kepada graduan cemerlang dan berbangga apabila graduan-graduan yang dilahirkan di sini (CityU) turut melibatkan graduan antarabangsa seperti dari Perancis, Rusia, Saudi Arabia dan China,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI