fbpx

Harimau Malaya hanya tinggal kurang 150 ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi.

KUALA LUMPUR – Usaha pemuliharaan Harimau Malaya yang dianggarkan kurang 150 ekor di seluruh negara akan dipertingkatkan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara usaha dilakukan dengan menambah bilangan renjer komuniti.

Menurut beliau, kewujudan renjer komuniti terdiri daripada veteran tentera, polis, orang asli dan komuniti berkesan dalam usaha membanteras pemburu haram.

“Antara usaha dilihat menunjukkan impak positif adalah penambahan bilangan renjer komuniti daripada 1,000 kepada 2,000 orang tahun ini.

“Ini adalah usaha berterusan kita untuk memulihkan sebanyak mungkin koridor-koridor hidupan liar di kawasan tengah Semenanjung yang menjadi tempat rayau bagi harimau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Larian demi Si Belang Sempena Hari Harimau Sedunia 2024 di Taman Metropolitan Kepong, di sini hari ini.

Larian disertai lebih 1,000 peserta itu bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang Hari Harimau Sedunia yang akan disambut pada 29 Julai ini.

Nik Nazmi berkata, habitat Harimau Malaya berkurangan turut menjadi cabaran kerana ia meningkatkan konflik serta menimbulkan masalah kepada haiwan itu.

Menurut beliau, cabaran lain adalah hidupan yang sepatutnya menjadi mangsa kepada haiwan itu seperti babi hutan, rusa juga telah berkurangan.

“Haiwan ini akan keluar dari kawasan hutan sebab tidak cukup makanan dalam hutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI