fbpx

FAM mula resah isu gaji makin ‘membarah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FIRDAUS

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kemelut tunggakan gaji melibatkan beberapa kelab Liga Super sudah semakin parah apabila turut melibatkan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini.

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, pihak persatuan sudah menerima beberapa aduan dan sangat memandang serius mengenai ‘barah’ yang melanda arena bola sepak negara ketika ini.

Menurut Firdaus, ada beberapa kelab ‘melepaskan’ tanggungjawab mengendalikan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia kepada pihak kedua bagi menjimatkan kos operasi.

“Saya menerima aduan terdapat lima kelab berdepan tunggakan gaji babitkan pemain-pemain di Piala Presiden dan Piala Belia.

“Saya memandang serius perkara ini kerana kelompok pemain ini masih muda dan harus dijaga serta diberi sokongan memandangkan mereka inilah generasi masa depan bola sepak negara.

“Pihak FAM tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas kelab yang culas membayar gaji pemain ini. Malah ingatan juga buat kelab-kelab yang ada menyerahkan pengurusan pasukan (Piala Presiden dan Piala Belia) kepada pihak lain.

“Ini dah salah…sepatutnya ia tidak berlaku. Apabila kelab memohon lesen kebangsaan kepada FIB (First Instance Body), kelab diwajibkan menyediakan pasukan pembangunan.

“Bukan dengan cara menyerahkan pasukan kepada pihak lain. Inilah antara punca kenapa tunggakan gaji berlaku apabila pihak lain itu cuba lepas tangan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa FAM.

Mengulas lanjut, Firdaus percaya isu pergaduhan yang sering berlaku membabitkan pemain Piala Presiden dan Piala Belia turut disebabkan oleh tekanan dalam kalangan pemain kerana tidak menerima gaji dalam tempoh lama.

“Kita kena ingat, kebanyakan pemain ini daripada golongan B-40. Apabila gaji tidak dibayar sudah tentu pemain kadang-kadang hilang pertimbangan di dalam padang.

“Sebab itu saya ambil serius soal gaji ini kerana ini adalah mata pencarian mereka dan tidak seharusnya dilayan begitu,” katanya.

Sebagai rekod, saingan Piala Presiden dan Piala Belia adalah pertandingan yang diuruskan FAM babitkan kelompok pemain bawah 20 dan bawah 18 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI