PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melahirkan rasa kesal fitnah yang dilemparkan terhadap Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menurut beliau, fitnah yang disebarkan itu menyebabkan ada yang memintanya supaya membunuh diri.
“Ada orang tuduh RTM buat hantaran di Facebook jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal posting asal dalam Bahasa Melayu. Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya “h*ng himself” (bun*h diri sendiri).
“Jangan buat begini. Bersikap adil kepada RTM. Jangan memfitnah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.
Fahmi turut berkongsi tangkap layar hantaran asal RTM di Facebook dalam Bahasa Melayu dan hantaran yang diterjemah secara silap dalam Bahasa Inggeris. – KOSMO! ONLINE