fbpx

Arab Saudi puji pengurusan TH terbaik, laksana operasi haji memuaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Operasi haji pada tahun ini disifatkan dilaksanakan dengan sangat memuaskan di mana kerajaan Arab Saudi turut menganggap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara peribadi, baru-baru ini.

“Dr. Tawfiq secara peribadi maklum kepada saya bagaimana pengurusan TH pada beliau dianggap terbaik.

“Kita juga sedia maklum atas dasar pengurusan pentadbiran terbaik itu kerajaan Arab Saudi telah menganugerahkan Labaittom kepada TH secara konsisten tiga tahun berturut-turut,” katanya selepas menyambut kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini lewat malam tadi.

Pada masa sama, jelasnya, jemaah haji Malaysia juga menerima pujian kerana berdisiplin, mempunyai ilmu pengetahuan dan budi perkerti baik sewaktu melaksanakan rukun Islam kelima itu.

“Yang ini (sebab) peranan TH mainkan sebelum mereka bertolak, mereka hadir kursus asas dan haji perdana.

“Saya juga merakamkan tahniah kepada 31,600 jemaah haji negara pada tahun ini kerana berjaya mengharungi cabaran pelaksanaan kemuncak ibadat haji, sekali gus menyempurnakan rukun Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI