fbpx

Anwar jamu bekas PM Singapura dan isteri durian musang king, duri hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan isteri menerima kunjungan Hsien Loong serta Ho Ching di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamu bekas Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong durian musang king dan duri hitam di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Anwar dalam satu hantaran berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan Hsien Loong bersama isteri, Ho Ching untuk makan tengah hari bersama-sama.

“Sempat bertanya khabar pada beliau dan isteri sejak menyerahkan tampuk pentadbiran kepada Perdana Menteri Lawrence Wong. Kami turut bicara panjang soal perkembangan kerjasama dua hala Malaysia dan Singapura.

“Di samping menyajikan hidangan lauk-pauk, saya dan Wan Azizah turut menjamu tetamu istimewa kami dengan buah durian musang king dan duri hitam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan Wan Azizah amat menghargai kunjungan Hsien Loong dan Ho Ching yang telah mempererat hubungan peribadi antara mereka.

“Mendoakan persahabatan Malaysia-Singapura terus diperkukuh, Insya-Allah,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI