fbpx

Anwar beri sumbangan kepada ‘Pak Hunter’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan (kiri) menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Shariffuddin.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan kepada aktivis reformasi, Shariffuddin Budin atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Hunter”.

Anwar dalam satu hantaran di media sosial berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya menziarahi aktivis itu.

“Shariffuddin kehilangan isterinya Allahyarham Ramlah Abdul Majid, baru-baru ini. Shariffuddin yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Hunter’ telah diserang strok yang membataskan keupayaan beliau bercakap, selain menderita pelbagai penyakit yang lain.

“Keadaan ini amat menyukarkan beliau untuk mencari rezeki, lebih-lebih lagi setelah kehilangan peneman setia hidupnya,” katanya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan sumbangan itu kepda Shariffuddin bagi membantu meringankan beban harian dan kos perubatan beliau.

“Menitipkan doa agar roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga beliau kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI