fbpx

4 kementerian bincang pindaan Kanun Keseksaan banteras buli siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (kanan) ketika hadir di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam 2024, di Perai, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Empat kementerian menganggotai satu pasukan khas bagi membincangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk membanteras buli siber yang dijangka dibentangkan dalam Parlimen, Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, empat kementerian yang terlibat adalah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Digital, Kementerian Komunikasi dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).

“Pindaan ini juga adalah untuk memastikan peruntukan jenayah buli siber dapat dikuatkuasakan secara efektif memandangkan definisi takrifan khas buli siber tak ada dalam undang-undang setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kepada pemberita hari ini, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam 2024 di Perai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, satu seminar undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian membabitkan penglibatan negara luar turut akan dilaksanakan nanti.

Menurut beliau, pihaknya mahu belajar daripada negara-negara lain seperti Australia, Kanada, United Kingdom dan juga Singapura, memandangkan terdapat pertikaian membabitkan elemen demokrasi serta limit hak asasi.

Terdahulu media melaporkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang mempertimbangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI