fbpx

Teman wanita dakwa dipukul pelakon tarik laporan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis mengesahkan wanita yang membuat laporan mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa menarik aduan berkait kejadian itu pada minggu lepas.

Jelasnya, bagaimanapun kertas siasatan tetap diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk semakan.

“Mangsa ada membuat laporan menarik balik aduan pada minggu lalu.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada DPP pada minggu lalu. Kita sedang menunggu arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya sama ada kes berkenaan akan ditutup atau diselesaikan secara baik berikutan mangsa menarik balik aduan, Shahrulnizam berkata perkara itu bergantung kepada arahan DPP kelak.

7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini sekitar pukul 4 pagi.

Suspek dipercayai memukul pengadu kerana tak puas hati wanita tersebut keluar dengan kakaknya tanpa minta izin suspek.

Lelaki berkenaan bertindak memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.

Rentetan itu, pelakon lelaki berusia lewat 30-an telah selesai memberikan keterangan ditemani bapanya, pada 10 Julai.

Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI