fbpx

Remaja perempuan hilang seminggu ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Dini Hayati

SUNGAI PETANI – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Lembah Bujang,Bedong pada Jumaat lalu ditemui selamat di Taman Jubli Perak di sini malam tadi.

Bapa gadis itu, Abdul Rahman Jaafar, 50, berkata, anaknya Nur Dini Hayati,18, ditemui merayau di situ oleh orang awam pada pukul 10 malam tadi sebelum menahannya.

“Orang awam berkenaan kemudian menelefon saya memaklumkan penemuan itu sambil mengawasinya untuk mengelak anak saya itu meloloskan diri.

“Saya dan isteri, Laila Abdullah, 47, kemudian bergegas ke lokasi dan menemuinya dalam keadaan selamat sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk membuat laporan penemuannya,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Menurut Abdul Rahman, hasil percakapan anaknya memaklumkan dia mendakwa menjadikan surau di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sebagai tempat tidurnya selama menghilangkan diri.

“Pada sebelah siangnya dia akan bertemu rakan yang dikenali melalui aplikasi media sosial dan apa yang dimaklumkan dia bertindak melarikan diri dari rumah kerana mengikut gerak hatinya.

“Kami sekeluarga bersyukur dengan penemuan itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang turut membantu mencarinya selain menyalurkan maklumat hingga anak kami ini ditemui,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan tindakan seorang remaja perempuan keluar dari rumahnya hampir seminggu lalu menyebabkan keluarganya bimbang dengan keselamatan dan keadaan kesihatannya ekoran gadis itu banyak bergantung kepada ubat kerana menghidap sawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI