fbpx

Remaja meninggal dunia selepas rebah dalam stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman, di sini sementara menanti perlawanan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa yang berusia 18 tahun berada di tempat duduk penonton stadium berkenaan.

“Remaja itu yang datang bersama adiknya ke stadium tiba-tiba rebah di tempat duduk penonton dan tidak sedarkan diri sebelum perlawanan bermula.

“Orang ramai yang berada di situ segera mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di stadium untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siti Nor Salawati menambah, pegawai perubatan di zon kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Semakan dan temu bual bersama warisnya mendapati remaja itu sememangnya menghidap penyakit jantung sejak kecil.

“Pihak hospital juga mengesahkan kematian mangsa disebabkan masalah berkaitan jantung iaitu ‘complex cyanotic heart disease,” katanya.

Tambahnya, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI