fbpx

Polis Thai rampas lebih 6 juta pil meth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pasukan keselamatan bersama dadah yang dirampas di wilayah Mae Hong Son. – KHAOSOD

BANGKOK – Polis di daerah Pai, wilayah Mae Hong Son, utara Thailand merampas lebih enam juta pil methamphetamine (meth) dan 21 kilogram kristal meth yang ditinggalkan di kawasan berkenaan, lapor laman berita Thaiger hari ini. 

Bagaimanapun, penjenayah yang mengangkut dadah tersebut telah melarikan diri.

Gabenor Mae Hong Son, Chucheep Pongchai mengarahkan ketua daerah Pai untuk segera menangani masalah dadah di kawasan itu . Sebuah pasukan bertindak ditubuhkan semalam dengan disertai oleh pegawai daerah, anggota Kor Sukarelawan Pertahanan Wilayah, Balai Polis Pai, Polis Kawalan Sempadan dan Kompeni Infantri ke-723. 

Operasi itu bertujuan untuk meronda dan menyiasat aktiviti penyeludupan dadah berpandukan maklumat risikan daripada sumber tempatan di kawasan Mae Na Toeng, daerah Pai dan wilayah Mae Hong Son.

Sebaik tiba dilokasi yang dilaporkan, polis menemui 31 guni berisi dadah. Ia termasuk 6,100,000 pil meth dan 21 kilogram ice.

Tiga buah motosikal turut  ditemui berhampiran lokasi dadah itu  di sebuah kawasan hutan dekat kampung Ban Nam Pla Moong.

Semua dadah yang dirampas diserahkan kepada Balai Polis Pai untuk tindakan undang-undang selanjutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI