fbpx

PM beri sumbangan kepada bekas pengawal pengiring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan bagi mewakili Anwar. - Foto FACEBOOK

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas pengawal pengiringnya, Hanafi Hadi, yang terlantar akibat penyakit menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki.

Menerusi perkongsian di aplikasi Facebook, beliau menyerahkan sumbangan kepada Hanafi bagi meringankan beban kos perubatan serta pembelian kerusi roda khas.

“Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi baru-baru ini telah mewakili saya menziarahi bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM (Polis Diraja Malaysia) serta pernah menjadi pengawal pengiring saya.

“Saudara Hanafi kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki sekali gus menyukarkan pergerakan beliau,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan agar Hanafi terus diberi kesembuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI