fbpx

Piala FA: TFC menang 3-2 dengan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi (tiga dari kanan) meraikan jaringannya sewaktu TFC menewaskan Selangor 3-2 pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) membawa bekalan tipis apabila berjaya menewaskan Selangor 3-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Persembahan TFC pada mulanya kurang menjadi dalam tempoh 30 minit pertama denganmembenarkan Selangor menguji kubu mereka menerusi voli Ronnie Fernandez seawal minit kelapan.

Sewaktu rentak dilihat lebih memihak Selangor, tuan rumah memecahkan kebuntuan pada minit ke-30 melalui sepakan percuma ketua pasukan, Safawi Rasid untuk melegakan kem TFC.

Jaringan itu menyemarakkan semangat Sang Penyu yang melebarkan kelebihan hasil sepakan leret pemain tengah kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov pada lima minit kemudian.

Permainan makin rancak apabila Selangor berjaya merapatkan kedudukan 1-2 hasil tolakan mudah Fortes (m-39) yang bijak menyambar bola hantaran Mukhairi Ajmal Mahadi dari sebelah kiri.

Kedudukan berubah lagi tiga minit selepas rehat apabila pemain tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh menyudahkan gerakan sama kali ini umpanan Fernandez untuk mengimbangi permainan.

Dengan aksi kini terikat 2-2, TFC meningkatkan serangan selepas itu namun percubaan berturut-turut daripada Safawi (m-58) dan Tukhtasinov (m-61) gagal menemui sasaran.

Lebih 31,000 penyokong TFC akhirnya ceria setelah tandukan lambung Ismaheel Akinade pada minit ke-70 hasil hantaran Tukhtasinov berjaya menewaskan Sam Sommervile buat kali ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI