fbpx

Pemandu bas bawa pelancong ke Thailand kantoi ambil ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stien (tengah) turun meninjau Ops Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 terutama bas persiaran di Plaza Tol Hutan Kampung arah, Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah berjaya mengesan seorang pemandu bas persiaran terlibat penyalahgunaan dadah dalam Ops Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam di Plaza Tol Hutan Kampung arah utara di sini hari ini.

Pengarahnya, Stien Van Lutam berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan ketika memandu bas persiaran yang membawa 42 pelancong dari Pulau Pinang ke Thailand.

“Lelaki berasal dari Pulau Pinang ini dikesan menyalahguna dadah jenis ganja setelah pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian urin. Bas yang membawa pelancong itu kemudian meneruskan perjalanan ke Thailand dengan pemandu gantian.

“Usaha ini perlu bagi memastikan keselamatan jalan raya bukan setakat penumpang malah pengguna jalan raya lain,” katanya ketika meninjau operasi tersebut di Plaza Tol Hutan Kampung di sini hari ini.

Beliau menambah, JPJ memeriksa sebanyak 1,116 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang bermula 19 Julai lepas sehingga hari ini di tiga lokasi.

“Sebanyak 138 buah kenderaan yang diambil tindakan selain sejumlah 329 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan di atas kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya yang ditetapkan.

“Kesalahan paling tinggi ialah tidak mempunyai lesen memandu kompeten (CDL) iaitu sebanyak 66 kes dan lesen tamat tempoh sebanyak 30 kes,” katanya.

Jelasnya, selain itu pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) turut mengeluarkan notis kepada enam bas persiaran pelancongan yang tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong dan tidak menggunakan bas pelancong.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI