fbpx

Operasi tangkap ‘King Cobra’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pegawai menangkap ular tedung gergasi itu sebelum dilepaskan ke dalam hutan. - Instagram @ajay_v_giri

NEW DELHI – Seekor ular tedung gergasi sepanjang 365.76 sentimeter (12 kaki) diselamatkan dan dilepaskan semula ke dalam hutan oleh pegawai-pegawai  hidupan liar di Agumbe, negeri Kartanaka baru-baru ini, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Pegawai di Stesen Penyelidikan Hutan-hutan Agumbe (ARRS), Ajay Giri memuat naik rakaman operasi menyelamat tersebut melalui akaun Instagram miliknya. 

“Ular tedung selar King Cobra di Agumbe Ghat, Karnataka Selatan. Diselamatkan dan dibebaskan dengan selamat,” demikian menurut keterangan video itu. 

Ajay berkata, penduduk kampung terkejut menemui haiwan berbisa itu di jalan utama sebelum ia bersembunyi di dalam belukar di halaman rumah seorang penduduk. 

“Pemilik rumah tersebut segera memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Hutan dan pegawai ARRS,” katanya. 

Ajay bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukannya, sambil mengarahkan penduduk melalui panggilan telefon mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan membabitkan ular berbisa itu. 

Pegawai terbabit menggunakan joran untuk menangkap ular itu. Mereka kemudian meletakkan ular itu ke dalam guni dan melepaskannya ke dalam hutan.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen memuji kemahiran dan kepakaran mereka. 

“Sungguh cantik ular tedung itu. Terima kasih kerana menyelamatkannya,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI