fbpx

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas gangguan IT global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah melancarkan sistem penyelesaian pembayaran terbuka JuiceUP EV di SCCC, Shah Alam hari ini.- Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global sejak semalam tidak menjejaskan operasi semua agensi kerajaan, setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemerhatian mendapati gangguan itu hanya melibatkan sektor penerbangan.

“Kita tiada menerima sebarang aduan daripada agensi kerajaan yang terjejas akibat gangguan sistem itu.

“Sehingga kini, pihak yang terlibat hanya syarikat penerbangan Air Asia,” katanya selepas melancarkan Sistem Pembayaran JuiceUp EV di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, hari ini.

Dalam perkara berasingan, beliau menjelaskan, kerajaan sedang mempergiatkan usaha memperluaskan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) termasuk kawasan luar bandar selaras sasaran sifar karbon menjelang 2050.

“Fokus kita kini mahu membuka stesen itu ke seluruh negara dan saya sendiri mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan pada Mei lalu.

“Ketika ini, stesen pengecasan hanya banyak di lebuh raya atau kawasan rehat dan rawat (RNR),” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI