fbpx

Olimpik Paris: ‘The Terminator’ janjikan aksi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH Firdaus bakal turun ke saingan Olimpik keduanya pada temasya yang berlangsung di Paris nanti.

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mahu melakukan terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 ketika membuat penampilan kedua di temasya terbesar dunia itu.

Shah Firdaus yang digelar ‘The Terminator’ telah melakukan persiapan terbaik sebelum ke Paris itu sekali gus mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar mereka meraih keputusan positif di bumi Paris.

Shah Firdaus bersama Datuk Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri akan memulakan perlumbaan mereka bermula 7 Ogos depan di Velodrome National St Quentin -en- Yvelines.

“Segala persiapan berjalan lancar sebaik kami menjalani latihan di sini. Kami berharap segala-galanya juga berjalan dengan baik apabila bermulanya Sukan Olimpik Paris nanti yang berbaki kurang dua minggu lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berterima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sehingga membolehkannya beraksi buat kali pertama di pentas Olimpik.

“Tanpa sokongan dan bantuan para pegawai MSN dan ISN, sudah tentu sukar bagi saya untuk membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik di Paris.

“Banyak sumbangan mereka sehingga saya terpilih,” kata Nurul Izzah yang kini digelar The Pocket Rocketwoman.

Menjelang di Paris nanti, ketiga-tiga pelumba berbasikal negara itu bakal dibekalkan basikal baharu versi Olimpik Paris 2024 iaitu Vorteq WX-R yang dibawa khas dari United Kingdom (UK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI