fbpx

MT Ceres 1 gagal dikesan, tumpahan minyak dari kapal MT Hafnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL MT Hafnia Nile yang hanyut sejauh 52 batu nautika dari lokasi insiden perlanggaran kini berada di perairan Pulau Pemanggil, Mersing hari.

KOTA TINGGI – Kapal MT Ceres 1 yang terlibat dalam insiden perlanggaran dengan kapal MT Hafnia Nile di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau di sini pagi semalam dilaporkan hilang gagal dikesan.

Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata, kapal MT Ceres 1 yang berdaftar di Republik Demokratik Sao Tome dan Principe dipercayai melarikan diri.

Menurutnya, kapal berkenaan gagal dikesan susulan operasi CARILAMAT insiden perlanggaran dua kapal tangki terbabit diteruskan hari kedua pagi ini.

“Operasi CARILAMAT pada hari semalam ditanggungkan dan disambung hari kedua pagi ini. Apabila pasukan penyelamat ke lokasi kejadian mendapati kapal MT Ceres 1 dikesan meninggalkan kawasan perlanggaran gagal dikesan berikutan menutup Sistem Pengenalan Automatik (AIS).

“Manakala kapal MT Hafnia Nile dilaporkan hanyut sejauh 52 batu nautika daripada lokasi kejadian dan berada di perairan Pulau Pemanggil, Mersing,” katanya dalam sidang akhbar di Zon Maritim Tanjung Sedili di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussain Zamora.

Zin Azman berkata, hasil maklumat awal mendapati kapal MT Ceres 1 dinaiki 40 orang kru dipercayai dalam perjalanan menuju ke Brunei dan tidak menolak kemungkinan masih berada di dalam perairanan wilayah Malaysia.

Ujarnya, maklumat dan semakan Maritim Rescue Sub-Center (MRSC) Johor Bahru bersama Jabatan Laut Malaysia mendapati nombor pendaftaran IMO kapal tersebut meragukan dan tindakan mereka meninggalkan lokasi kejadian juga diragui.

Tambah beliau, APMM kini sedang giat melakukan operasi bagi mengesan kedudukan kapal MT Ceres 1 dengan mengaturgerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP

Sementara itu, Zin Azman berkata, ketika kejadian MT Hafnia Nile dinaiki 22 kru bagaimanapun diselamatkan kapal Tentera Laut Singapura, RSS Supreme yang bertindak pasukan pertama memberi respon terhadap insiden terbabit.

Katanya, kesemua kru dibawa ke Singapura untuk rawatan lanjut.

Zin Azmin turut mengesahkan berlaku tumpahan minyak ekoran perlanggaran tersebut namun radius keluasan kawasan yang terjejas masih belum dikenal pasti.

“Kapal MT Hafnia Nile membawa muatan bahan kimia jenis Naptha dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Jepun.

“Akibat perlanggaran tersebut berlaku tumpahan minyak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Laut Malaysia akan turut serta bagi melaksanakan pemantauan tumpahan minyak di lokasi kejadian,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI