fbpx

Menteri Kabinet merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kanan) Ahmad Zahid, Fadilah dan Fahmi.

KUALA LUMPUR – Barisan Jemaah Menteri mengambil kesempatan merafak sembah tahniah menzahirkan penghormatan dan sokongan penuh mereka terhadap Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah selepas baginda berdua selesai mengangkat sumpah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dalam hantaran di laman sosial media Facebook rasmi beliau.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” tulis Ahmad Zahid dalam hantaran tersebut hari ini.

Turut merafak sembah tahniah ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda berdua sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan serta memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan maju.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama.

“Patik mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut merafak sembah ucapan tahniah terhadap baginda berdua dengan serangkap pantun.

“Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri, Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.

“Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku!” tulis Fahmi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI