fbpx

Lokasi pencarian bahan bukti: Air Sungai Trolak surut, jernih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARAS air Sungai Trolak di Kampung Batu 4 di sini yang menjadi lokasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, mulai surut hari ini.

TANJUNG MALIM – Paras air Sungai Trolak di Kampung Batu 4 di sini yang menjadi lokasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, mulai surut hari ini.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati air sungai itu kembali jernih dan menampakkan pasir berbanding semalam keruh dan deras berikutan hujan lebat pada waktu pagi di kawasan sekitar.

Keadaan air cetek juga menyebabkan beting pasir kelihatan bersama sisa-sisa kayu yang tersangkut pada beting dan tepi sungai.

Keadaan paras air Sungai Trolak semalam.

Bagaimanapun, tiada kehadiran pasukan polis mahupun media lain di lokasi yang menjadi tumpuan sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim sebelum ini dilaporkan berkata, operasi pencarian di lokasi itu ditangguhkan ekoran keadaan air sungai yang deras dan tidak selamat untuk anggota keselamatan.

Barang seperti kad bank, alat solek dan pengecas telefon dikatakan antara barangan yang mahu dicari di sungai berkenaan di mana beg tangan mangsa telah ditemukan di dahan pokok pada jarak 270 meter dari jambatan, tempat lokasi pencarian bermula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI