fbpx

Seludup RON95 guna trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pikap yang digunakan untuk menyeleweng petrol RON95.- Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mematahkan cubaan penyelewengan bahan api petrol RON95 menerusi Ops Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak Nibong Tebal, di sini, semalam.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux berwarna putih sedang mengisi petrol dipercayai RON95.

“Pemeriksaan lanjut mendapati trak pikap itu mempunyai tangki tambahan. Lelaki tempatan berusia awal 30-an iaitu pemandu kenderaan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, beberapa barangan dirampas selain kenderaan iaitu tangki tambahan, resit pembelian dan telefon bimbit jenis Vivo untuk tindakan selanjutnya.

Nilai rampasan petrol adalah 750 liter dianggarkan RM 1,537.50 menjadikan keseluruhan rampasan RM 37,337.50.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan serta rantaian pengedaran petrol tersebut.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama untuk pertubuhan perbadanan, manakala bagi individu denda tidak melebihi RM1 juta. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI