fbpx

Lebih 43,000 penerbangan terjejas akibat Crowdstrike

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando di Orlando, Florida semalam. – AFP

WASHINGTON – Syarikat-syarikat penerbangan utama berjaya memulihkan sebahagian operasi  selepas penerbangan tergendala di seluruh Amerika Syarikat(AS) susulan masalah komunikasi berpunca daripada keranapan IT global, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Masalah yang turut menjejaskan bank dan perkhidmatan kecemasan itu berpunca daripada kegagalan kemas kini perisian yang dilakukan  firma siber sekuriti, Crowdstrike.

Syarikat penerbangan Delta Airlines dan American Airlines membatalkan semua penerbangan semalam namun, menyambung semula perkhidmatan tidak berapa lama kemudian.

Sementara itu, Crowdstrike meminta maaf dan berkata, masalah tersebut telah dikenal pasti dan akan dipulihkan, namun tidak memberikan tarikh tertentu bila semua sistem akan beroperasi seperti sedia kala.

Hampir 39,000 penerbangan tergendala dan kira-kira 4,400 dibatalkan di seluruh dunia

American Airlines dan Delta memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan ‘travel waiver’ berhubung gangguan perkhidmatan yang berlaku tanpa sebarang caj kepada penumpang.

Pelancong AS, Stephanie Thompson tidak dapat menaiki penerbangan pulang ke Dallas selepas melancong ke Britain akibat masalah tersebut.

“Kami tidak mendapat penjelasan daripada sesiapa. Kami (dia dan keluarga) membayar  AS$6,800 (RM31,874) untuk tiket penerbangan sehala ke Dallas. Saya hanya mahu pulang,” katanya ketika bercakap dari Lapangan Terbang Edinburgh. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI