fbpx

IPD Hulu Terengganu buat simulasi balai polis diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simulasi serangan balai polis di Balai Polis Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu melakukan simulasi serangan balai polis bagi meningkatkan kesiapsiagaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi situasi luar jangka berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, simulasi selama 90 minit itu melibatkan 95 pengawai dan anggota polis, bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

“Simulasi bermula pada pukul 9 pagi tersebut menguji tahap kesediaan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya balai polis di daerah ini diceroboh dan diserang pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia juga bertujuan memastikan semua faktor keselamatan di balai polis berfungsi dengan baik,” katanya selepas selesai mengetuai simulasi serangan Balai Polis Kuala Berang di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan JKNT juga dilibatkan dalam simulasi tersebut sebagai persediaan menghadapi situasi serangan yang melibatkan kebakaran dan kecederaan anggota polis.

Tambah beliau, semua pegawai dan anggota polis perlu sentiasa bersedia sekiranya berlaku sebarangan ancaman atau sebarang situasi tidak diingini.

Dalam pada itu, Zainul Mujahidin berkata, simulasi tersebut menggambarkan kononnya
Balai Polis Kuala Berang telah diceroboh dan diserang enam lelaki bersenjata diketuai penjenayah dikenali sebagai ‘Zainon Al Baghdadi’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI