fbpx

Helikopter terhempas terbelit tali layang-layang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan berlaku selepas helikopter berkenaan terbelit dengan tali layang-layang. - EPA-EEE

JAKARTA – Kira-kira lima orang cedera selepas helikopter dinaiki mereka terhempas dalam kemalangan di pulau peranginan Bali semalam, lapor saluran berita Lokmat Times. 

Menurut seorang anggota penyelamat, lima mangsa itu terdiri daripada seorang juruterbang dan empat penumpang. 

Ketua pejabat mencari dan menyelamat tempatan, Nyoman Sidakarya berkata, nahas berlaku pukul 2.37 tengah hari (waktu tempatan) di Kabupaten Badung. 

“Dua mangsa parah, manakala tiga lagi cedera ringan. 

“Kesemua mangsa segera dibawa ke Hospital RS Siloam untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata Sidakarya.

Difahamkan, penerbangan tersebut bertujuan untuk melakukan lawatan di kawasan itu.

Menurut laporan awal media tempatan, kejadian berlaku selepas helikopter itu terbelit tali  layang-layang ketika berada di udara. 

Helikopter terbabit merupakan model jenis PK-WSP milik syarikat PT Whitesky Aviation, demikian menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Indonesia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI