fbpx

[VIDEO] Gempar dua budak perempuan dilarikan lelaki Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang kanak-kanak yang selamat dalam kejadian itu.

KUALA SELANGOR – Suasana di sekitar Jeram di sini, gempar apabila dua kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki kereta Perodua Bezza semalam.

Kejadian tular menimpa mangsa berusia enam dan lapan tahun berlaku ketika mereka yang berjiran itu sedang bermain di sebuah taman perumahan.

Kedua-dua kanak itu bagaimanapun ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Polis, Mohd. Ambia Nordin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa, kira-kira pukul 6.30 petang.

Jelas beliau, siasatan lanjut segera dijalankan sejurus menerima laporan berkenaan yang turut tular di media sosial.

“Namun, dua kanak-kanak itu dijumpai semula pada hari sama sejam selepas sejam dilaporkan hilang, kira-kira pukul 7.45 malam.

“Mangsa yang tinggal berjiran itu ditemukan berhampiran kawasan rumah mereka dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Ambia, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes masih disiasat secara menyeluruh termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian.

“Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak yang berada di luar rumah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan kehilangan kanak-kanak itu yang didakwa diculik lelaki menaiki sebuah kereta Bezza.

Namun, mangsa ditemukan selamat selepas suspek didakwa menurunkan mangsa di taman berdekatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI