fbpx

EPL: Peminat mahu Maguire ganti Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE bekerja keras untuk mengembalikan reputasinya menyebabkan peminat mahu tugas kapten kembali diberikan kepadanya. - AFP

MANCHESTER – Penyokong Manchester United menggesa peranan Bruno Fernandes selaku kapten dilucutkan dan tanggungjawab itu perlu dikembalikan kepada Harry Maguire.

Sejak kehadiran Erik Ten Hag, Maguire bukan lagi pilihan untuk menggalas peranan selaku kapten dan khidmatnya tidak lagi menjadi pilihan utama kepada pengurus dari Belanda itu.

Kewujudan satu rakaman video Maguire sedang berinteraksi dengan pemain daripada akademi pada latihan pramusim bersama pasukan kembali memberi keyakinan buat peminat yang mahu pertahanan itu diberikan tanggungjawab lebih besar untuk mengetuai pasukan.

Maguire sebelum ini sering bekerja keras untuk mengembalikan kualiti sebenar yang ada pada dirinya sekaligus mampu bantu pasukan raih keputusan lebih baik.

“Saya bersedia untuk kekal berjuang dan bersaing merebut tempat. Saya begitu seronok untuk bermain dengan kelab ini dan ada beberapa perlawanan lepas saya begitu seronok.

“Cumanya saa jarang bermain seperti yang saya harapkan. Saya perlu menunggu, bersabar dan kini saya sudah mendapatkan semula rentak terbaik,” katanya.

Walaupun kini sudah mendapat keyakinan dikalangan penyokong, prestasi tidak menentunya sebelum ini pernah menyaksikan Maguire dikecam oleh peminat sendiri malah sering menjadi bahan jenaka penyokong lawan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI