fbpx

Dua beranak jual anggur ponteng solat Jumaat ditangkap JHEAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak yang juga penjual anggur ditahan JHEAT kerana tidak menunaikan solat Jumaat di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu berhampiran Sungai Tong, Setiu semalam.

SETIU – Tindakan empat penjaja termasuk dua beranak yang menjual anggur meningggalkan solat Jumaat membawa padah apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi di sekitar daerah ini semalam.

Bapa dan anak lelaki yang masing-masing berusia 17 hingga 54 tahun itu ditahan di gerai mereka yang terletak di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Sungai Tong di sini pada pukul 2 petang.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd. Aziz berkata, keempat-empat lelaki muslim termasuk dua peniaga anggur berkenaan ditahan anggota penguat kuasa syariah wanita yang melakukan rondaan.

“Operasi penguatkuasaan dilakukan bermula pukul 1.30 tengah hari hingga selesai solat Jumaat.

“Sewaktu ditangkap, kesemua mereka didapati tidak berada di masjid untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Aizi Saidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016).

Beliau berkata, peruntukan undang-undang itu menyabitkan mana-mana lelaki yang mukalaf tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan hukum syarak

“Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI