fbpx

Andalusia anjur gotong-royong masak 27 kawah bubur asyura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Saiful Adli (dua dari kiri) memasak bubur asyura bersama penduduk pada Majlis Gotong-Royong ‘Kaca Syuro’ di Masjid Imanul Fa'izin, Padang Kala dekat Melor, Kota Bharu hari ini. - Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours (Andalusia) mengedarkan sebanyak 3,000 pek bubur asyura yang dimasak di dalam 27 kawah kepada 20 buah kampung di sekitar Padang Kala, Melor hari ini.

Agihan itu diadakan sempena Majlis Gotong-Royong ‘Kaca Syuro’ yang turut disertai oleh seramai 300 penduduk di Masjid Imanul Fa’izin (Masjid Andalusia) di sini.

Pengerusi Masjid Imanul Fa’izin, Nik Saiful Adli Burhan berkata, program gotong-royong yang bermula pukul 8 pagi tadi itu merupakan antara program yang terbesar anjuran masjid itu sejak ia dibuka pada bulan Ramadan lalu.

Menurutnya, sebanyak 3,000 pek bubur asyura akan diagih kepada penduduk kampung di Padang Kala di sini untuk merasai hidangan yang sinonim dengan sambutan hari Asyura pada bulan Muharram.

“Selain penduduk, pihak pengurusan masjid juga menjemput jemaah daripada 20 kampung untuk bersama-sama menyertai program gotong-royong itu.

“Bubur asyura yang disediakan juga akan diagih kepada pengunjung dan jemaah yang hadir untuk menunaikan solat asar dan maghrib di Masjid Imanul Fa’izin,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Saiful Adli memberitahu, Majlis Gotong-Royong ‘Kaca Syuro’ itu diadakan bertujuan untuk menyatukan penduduk kampung berhampiran dengan Masjid Imanul Fa’izin sekali gus berupaya menarik mereka menunaikan solat jemaah lima waktu di masjid itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI