fbpx

Agong bertitah agar kerajaan berusaha ringankan beban rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim bertitah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.

KUALA LUMPUR -Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan terus berusaha meringankan beban rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.

Dalam titah Seri Paduka Baginda sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini, baginda turut berharap agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan bersatu padu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua raja-raja Melayu yang memberi kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.

“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, dengan jujur dan ikhlas.

“Saya juga akan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara,” titah baginda hari ini.

Seri Paduka Baginda terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih kepada dif-dif kehormat termasuk Raja-Raja Melayu, Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu turut dihadiri 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komuniti diplomatik asing serta pemimpin-pemimpin utama negara itu turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen negara oleh pelbagai agensi media.

Baginda meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI