fbpx

Wanita dikecam menari sambil memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu menari sambil memandu kenderaan yang bergerak laju. - X

NEW DELHI – Perbuatan seorang wanita yang selamba menari sambil memandu kenderaan secara melulu dan laju mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X, wanita itu dilihat sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dia kemudian mengangkat sebelah tangannya daripada stereng dan menari bersama dengan seorang rakannya ketika melintasi sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar Ghaziabad ke New Delhi. 

Mereka melakukan aksi berbahaya itu sambil menyanyi dan ketawa. Lebih teruk apabila kedua-dua mereka tidak memakai tali pinggang keledar. 

Video itu menjadi tular sehingga menarik perhatian pegawai polis di Uttar Pradesh. Mereka turut mengarahkan polis di Ghaziabad untuk meneliti perkara itu. 

“Disebabkan orang (wanita) sedemikian, kemalangan jalan raya semakin meningkat dari hari ke hari,” kata netizen. 

“Hanya kerana mereka, nyawa orang lain dalam bahaya,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI