fbpx

Tolak sebarang bentuk amalan ekstremis, pelampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution bercakap pada pemberita pada sidang akhbar di KDN, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan bahawa sebarang bentuk amalan ekstremis atau pelampau harus ditolak oleh rakyat di negara ini.

Peringatan itu dibuat susulan tindakan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang membaca doa qunut nazilah selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, semalam.

Beliau turut menegaskan perbezaan politik tidak sepatutnya membawa kepada tindakan mendoakan kehancuran terhadap pihak lawan.

“Qunut nazilah tidak digunakan untuk mendoakan kehancuran terhadap seteru politik terutama sesama umat Islam apatah lagi di Malaysia.

“Jadi, sebagai Menteri Dalam Negeri saya mengingatkan bahawa sebarang bentuk amalan ekstremis dan pelampau seperti ini harus ditolak rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian.

“(Tindakan) menggunakan qunut nazilah untuk mohon kehancuran terhadap lawan politik dalam kalangan umat Islam adalah tindakan yang melampaui batas dan bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenar,” katanya menerusi sidang akhbar, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membaca doa qunut nazilah selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan keputusan menggantung Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI