fbpx

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan masjid di Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan yang berlaku berhampiran sebuah masjid di kawasan Wadi Al Kabir, Muscat, Oman pada 16 Julai lalu.

Wisma Putra berkata, susulan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Muscat terus memantau perkembangan insiden itu dengan rapat.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Muscat.

“Malaysia bersama masyarakat antarabangsa mengecam insiden itu yang menyebabkan sembilan individu terbunuh termasuk seorang polis dan tiga orang yang melakukan serangan, manakala 28 orang lagi cedera.

“Malaysia merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Wisma Putra, Malaysia tetap dengan pendirian yang menolak segala bentuk jenayah dan ekstremisme keganasan serta menyeru agar pelaku dibawa ke muka pengadilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI