fbpx

‘Teringin tetapi malu, takut orang tak datang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANYAK kali muncul membawa watak pembantu dalam naskhah filem Box-Office, Elizabeth menaruh impian untuk memegang watak utama suatu hari nanti.

POPULAR dengan untaian lagu seperti Shh, Knock Knock, Semua Sudah dan Police Entry, penyanyi Elizabeth Tan bagaimanapun masih belum bersedia untuk mengadakan persembahan solo buat peminat.

Elizabeth atau mesra dipanggil Lizzy sebenarnya bimbang, sekiranya acara tersebut tidak mendapat sambutan selain secara peribadi, masih belum bersedia sepenuh beraksi begitu.

“Saya berasa malu untuk mengadakan ‘showcase’ kerana bimbang jika tidak mendapat sambutan peminat. Bagaimana jika tiada orang hendak datang ke konsert saya nanti?

“Sekiranya benar ingin mengadakan ‘showcase’, saya ingin sekurang-kurangnya mempunyai 10 buah lagu popular terlebih dahulu sebelum berani melakukannya.

“Buat masa sekarang saya masih belum membuat sebarang persediaan ke arah itu kerana ingin benar-benar bersedia,” katanya.

Dalam masa sama, Lizzy kini sedang dalam proses menghasilkan dua lagu baharu.

Bagaimanapun, disebabkan berdepan dengan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, penghasilan dua lagu tersebut terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

“Mengikut perancangan, terdapat dua buah lagu iaitu salah satunya berbahasa Melayu, manakala satu lagi bahasa Inggeris akan dilancarkan pada Ogos.

“Tetapi, disebabkan ada sedikit masalah menyebabkan kami terpaksa tunda sama ada September atau Oktober.

“Sejujurnya saya sendiri pun tidak pasti,” ujarnya.

Bukan sahaja kerjaya nyanyian, Lizzy juga ingin memberi fokus kepada bidang lakonan.

Memulakan kerjaya lakonan menerusi filem pertamanya, Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015), bintang yang baru muncul dengan lakon filem Sheriff: Narko Integriti itu mengakui mahu lebih fokus untuk membawa peranan utama pada masa depan.

“Saya ingin terus berlakon cuma masih belum mendapatkan watak yang bersesuaian lagi.

“Saya ada pergi ke sesi uji bakat sebuah drama dan mengharapkan agar ada berita baik nanti.

“Sekiranya saya berjaya mendapat watak dalam drama itu, saya akan mula menjalani sesi penggambaran sekitar September depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI