fbpx

Teknik ‘suis imaginasi’ boleh hilangkan tekanan mental?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teknik suis imaginasi yang dikongsikan di Facebook PHM, hari ini

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) berkongsi tip untuk berdepan kejadian buli dan mengatasi tekanan mental dengan menggunakan teknik suis imaginasi.

PHM menerusi hantaran di Facebooknya berkata, dengan membayangkan adanya suis yang boleh mematikan sumber tekanan, tindak balas dan kawalan ke atas emosi boleh dikuasai semula.

“Bayangkan anda mempunyai suis yang boleh mematikan semua sumber tekanan apabila diperlukan.

“Suis ini mempunyai label seperti ‘buli siber’, ‘tempat kerja toksik’, ‘makcik bawang’, ‘komen negatif’ dan ‘kalah MLBB (Mobile Legends Bang Bang)’.

“Sebelum nak tidur atau pada bila-bila masa setiap kali anda merasa tekanan, bayangkan anda menekan suis ini untuk mematikan sumber tekanan tersebut,” kongsinya.

Selain itu katanya, teknik itu juga membolehkan seseorang itu mengalihkan perhatian kepada perkara yang lebih penting.

“Teknik suis imaginasi bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia adalah satu alat yang boleh membantu menguruskan tekanan dengan lebih baik. Kawal semula hidup anda dengan teknik suis imaginasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI