fbpx

Syahrul Asyraf hilang 7 hari ditemukan selamat di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahrul Asyraf

AMPANG JAYA – Polis mengesahkan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang apabila kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan di Klang, Selangor.

“Disahkan, pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang ditemukan oleh sepasukan Polis Ampang Jaya di Klang, Selangor sebentar tadi.

“Kenyataan media akan dikemukakan setelah laporan penuh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 5.40 petang tadi.

Semalam, Kosmo! melaporkan pihak polis menerima laporan kejadian Orang Hilang (OH) Syahrul Asyraf kira-kira pukul 4.17 petang, Ahad lepas.

Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah 12 Julai lalu.

Ketika itu dia sedang bekerja memandu kereta nombor pendaftaran VCE 4826 jenis Proton Persona berwarna coklat pada tarikh 12 Julai lalu.

Lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan.

Pada 3 Julai lalu merupakan kali terakhir beliau menetap di rumah salah seorang ahli keluarga yang berada di kawasan Pandan Jaya, di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI