fbpx

Suspek bunuh, kerat mayat TikToker dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Ruimin berjalan di belakang Qingyan di Bangkok, 1 Julai lalu. - Foto Khaosod

BANGKOK – Pihak berkuasa Hong Kong melaporkan bahawa lelaki yang disyaki membunuh dan mengerat mayat pesohor TikTok warga China di Bangkok telah ditangkap, lapor portal berita Khaosod kelmarin.

Ma Qingyan ditangkap hanya sehari selepas mahkamah Thailand meluluskan waran tangkap terhadapnya kerana disyaki membunuh dan menyembunyikan mayat mangsa, Yan Ruimin.

Kelmarin, pegawai kanan Polis Metropolitan Bangkok, Mejar Jeneral (Polis) Nopsilp Poonsawat berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan dan menangkap Qingyan.

Lelaki berusia 34 tahun itu adalah suspek utama kes pembunuhan Ruimin, 38 , di daerah Bang Rak, Bangkok.

Polis Hong Kong melaporkan bahawa mereka telah menghantar Qinyan kembali ke China untuk menghadapi pendakwaan.

Pihak berkuasa Thai berusaha untuk mengekstradisi suspek berkenaan ke Thailand.

Waran tangkap ke atas Qingyan dikeluarkan atas tuduhan membunuh dan menyembunyikan, memindahkan atau memusnahkan mayat.

Dia adalah orang terakhir bersama Ruimin.

Qingyan dilihat memegang tangan pesohor media sosial itu semasa mereka berjalan di Jalan Rama IV menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada 1 Julai lalu.

Mereka kemudian menaiki sebuah kereta dan beredar bersama-sama.

Ruimin hilang pada 2 Julai lalu di sebuah kediaman di Sukhumvit Soi 16.

Pegawai-pegawai forensik menemui kesan darah pada sarung bantal dan cadar di rumah tersebut.

Qingyang melarikan diri dari Thailand pada 3 Julai lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI