fbpx

Rafizi jawab dakwaan ringgit, saham turun, pelabur lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PETALING JAYA – Prestasi ringgit adalah kedua terbaik di Asia dan dijangka akan terus mengukuh menjelang akhir tahun ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata demikian bagi menjawab tohmahan yang mendakwa ringgit, saham turun dan pelabur lari.

“Pada 17 Julai ringgit mengukuh kepada 4.6652 berbanding 4.7931 pada 18 April. Indeks Komposit iaitu indeks saham syarikat terbesar terus naik sejak setahun lalu kepada 1,633 mata, iaitu peningkatan 21.09 peratus dalam setahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahnya, Indeks Emas iaitu indeks saham syarikat modal pertengahan terus naik dan kini mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Indeks Emas mencecah 12,678 mata iaitu peningkatan 26.32 peratus dalam setahun. Kita tidak boleh meyakinkan walaun dengan data dan fakta, tetapi kita boleh sebarkan fakta ini untuk menyelamatkan rakyat dari pembodohan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI