TANJUNG MALIM – Polis meneruskan usaha mencari kad bank, alat solek dan pengecas telefon milik mangsa pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Sungai Trolak, Slim River dekat sini.
Operasi berdekatan Kampung Batu 4 itu merupakan tempat penemuan beg tangan yang dipercayai milik gadis tersebut kelmarin.
Unit Skuba Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kekuatan lima anggota tiba di sungai tersebut kira-kira pukul 11.14 pagi tadi.
Difahamkan, beg tangan berwarna coklat itu ditemukan tersangkut di dahan pokok kira-kira 270 meter jarak dari jambatan lokasi pencarian bermula.
Beg tangan tersebut ditemui pada pukul 4.40 petang namun kandungannya telah kosong dipercayai dihanyutkan arus atau dibuang satu persatu. – KOSMO! ONLINE